Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor Mohamed Omar.<br /><br />Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, Perdana Menteri menyifatkan penyanyi lagu 'Terlalu Istimewa' itu bukan sahaja sangat berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi menyerlah dalam industri lakonan serta pengacaraan.